BERSAMA KAMI MELAHIRKAN PELAJAR PARA HUFFAZ AL-QURAN YANG BERJAYA DAN BERJIWA BESAR

Pada masa ini, Tahfiz Darul Furqan (TDF) berpusat di LOT 2757-B, Kampung Padang Balang, 51100 Sentul Kuala Lumpur. Pengasas Tahfiz ini ialah Al-Fadhil Ustaz Salleh Sani Bin Haji Harun Al-Hafiz. Ia merupakan salah sebuah Institut Pengajian Hafazan Al-quran Persendirian (swasta) yang menekankan kepada penghafazan 30 juzuk Al-Quran sepenuh masa dan Tahfiz Akademik yang melibatkan Pra Tahfiz, Tadika,Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah.
Pelajar yang hadir ke sini adalah terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuklah mereka-mereka yang susah, asnaf serta anak yatim.Mereka disini akan dibantu dari segi kemudahan untuk belajar dan juga segala keperluan harian yang diperlukan oleh pelajar disini.
“Dan (ingatlah), apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah, sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahala-Nya.”
Surah al-Muzzammil, ayat 20
Tabung Infak TDF ini bertujuan untuk membiayai yuran pengajian anak yatim dan fakir miskin, kos penganjuran kursus-kursus peningkatan prestasi untuk pelajar, kos pengurusan dan penyeliaan peperiksaan, menyediakan kemudahan pengajaran dan pembelajaran
Kurikulum tahfiz merupakan kurikulum tersendiri yang merangkumi gabungan hafazan Al-Quran, pembelajaran Pengajian Islam dan Akademik melalui sukatan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Sistem pembelajaran dan pengajian disusun mengikut kehendak agama dan disesuaikan dengan perkembangan sistem pendidikan Malaysia.
Kami dari Hayrat Relief Malaysia berdaftar Sebagai Pertubuhan Permikiran Badiuzzaman dan Risalah An-Nur merupakan #NG0 kemanusiaan yang berdaftar dengan (ROS) Pendaftar Pertubuhan Malaysia dengan nombor pendaftaran PPM-018-10-04902012, ingin mengajak anda untuk bersama kami, bagi merealisasikan Projek Tabung Asnaf yang mana tabung kebajikan ini khusus untuk membantu pelajar tahfiz, asnaf, anak yatim & aktiviti komuniti masyarakat di dalam dan luar negara.
Projek Tabung Asnaf yang dibawa oleh Hayrat Relief Malaysia dibuat khusus untuk pelajar tahfiz, Asnaf, Anak Yatim & Komunti Masyarakat ini telah kami jalankan sejak daripada tahun 2017 lagi, dan kami optimis akan bagi lebih banyak lagi sumbangan untuk mereka pada tahun 2023 ini.
Oleh itu, kami memohon ehsan serta sumbangan Tuan/Puan untuk membantu meringankan beban keluarga asnaf yang masih dalam kesusahan untuk meneruskan perjalanan kehidupan mereka
Kami sedaya upaya untuk membantu mereka yang dalam kesusahan dalam meringankan beban mereka untuk mendapat kehidupan yang lebih baik
BAGAIMANA UNTUK MEMBANTU ??
pelajar tahfiz ini
Tuan/Puan boleh memilih pakej dibawah :
PAKEJ A : RM100
PAKEJ B :RM50
PAKEJ C : RM20
Janji Allah dalam al-Quran iaitu sesiapa yang bersedekah di jalan Allah,Dia akan ganti semula dengan ganjaran paling sedikit 10 kali ganda pahala manakala paling banyak adalah 700 kali ganda.
PERTUBUHAN PEMIKIRAN ANNUR
BANK ISLAM
14162011002399
______________________________________________________________________________________________________________________
Disclaimer:
Sekiranya berlaku lebihan sumbangan, kami juga akan salurkan kepada aktiviti bantuan kami yang lain seperti wakaf Al Quraan/Tajaan makanan untuk sekolah tahfiz dan lain-lain
Penafian:
Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah sila hubungi +60 11 -2875 3635 (HQ HAYRAT RELIEF MALAYSIA)