MADRASAH HAMPIR PUTUS BEKALAN MAKANAN
BANTUAN DANA DIPERLUKAN SEGERA!
TEAM HAYRAT RELIEF MALAYSIA seperti biasa mengagihkan bantuan kepada beberapa orang asnaf di kawasan Kampung Padang Balang, Kuala Lumpur. Antara yang mendapat bantuan adalah Madrasah Tahfiz Darul Furqan. Hasil perbualan kami bersama ustaz di sini, Ustaz Jamadil maklumkan bahawa Madrasah ini memerlukan bantuan dana dari segi bekalan makanan. Hal ini kerana, mereka mengalami kekurangan dana untuk menyediakan keperluan tersebut. Kami dimaklumkan juga bahawa rata-rata pelajar yang berada disini terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuklah mereka-mereka yang susah, asnaf dan anak yatim.
Tahfiz Darul Furqan (TDF) berpusat di LOT 2757-B, Kampung Padang Balang, 51100 Sentul Kuala Lumpur.Ia merupakan salah sebuah Institut Pengajian Hafazan Al-quran Persendirian (swasta) yang menekankan kepada penghafazan 30 juzuk Al-Quran sepenuh masa dan Tahfiz Akademik yang melibatkan Pra Tahfiz, Tadika,Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah.
“Dan (ingatlah), apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah, sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahala-Nya.”
Surah al-Muzzammil, ayat 20
JOM BERSAMA KAMI MEMBANTU GOLONGAN ASNAF & KEPADA SESIAPA YANG MEMERLUKAN
Kami dari Hayrat Relief Malaysia berdaftar Sebagai Pertubuhan Permikiran Badiuzzaman dan Risalah An-Nur merupakan #NG0 kemanusiaan yang berdaftar dengan (ROS) Pendaftar Pertubuhan Malaysia dengan nombor pendaftaran PPM-018-10-04902012, ingin mengajak anda untuk bersama kami, bagi merealisasikan Projek Tabung Asnaf yang mana tabung kebajikan ini khusus untuk membantu pelajar tahfiz, asnaf, anak yatim & aktiviti komuniti masyarakat di dalam dan luar negara.
Projek Tabung Asnaf yang dibawa oleh Hayrat Relief Malaysia dibuat khusus untuk pelajar tahfiz, Asnaf, Anak Yatim & Komunti Masyarakat ini telah kami jalankan sejak daripada tahun 2017 lagi, dan kami optimis akan bagi lebih banyak lagi sumbangan untuk mereka pada tahun 2023 ini.
Oleh itu, kami memohon ehsan serta sumbangan Tuan/Puan untuk membantu meringankan beban keluarga asnaf yang masih dalam kesusahan untuk meneruskan perjalanan kehidupan mereka
Kami sedaya upaya untuk membantu mereka yang dalam kesusahan dalam meringankan beban mereka untuk mendapat kehidupan yang lebih baik
BAGAIMANA UNTUK MEMBANTU ??
Tuan/Puan boleh memilih pakej dibawah :
PAKEJ A : RM100
PAKEJ B :RM50
PAKEJ C : RM20
Janji Allah dalam al-Quran iaitu sesiapa yang bersedekah di jalan Allah,Dia akan ganti semula dengan ganjaran paling sedikit 10 kali ganda pahala manakala paling banyak adalah 700 kali ganda.
PERTUBUHAN PEMIKIRAN ANNUR
BANK ISLAM
14162011002399
______________________________________________________________________________________________________________________
Disclaimer:
Sekiranya berlaku lebihan sumbangan, kami juga akan salurkan kepada aktiviti bantuan kami yang lain seperti wakaf Al Quraan/Tajaan makanan untuk sekolah tahfiz dan lain-lain
Penafian:
Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah sila hubungi +60 11 -2875 3635 (HQ HAYRAT RELIEF MALAYSIA)