Akaun riseandwin.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

"NENEK DAH UZUR , TAK LARAT LAGI NAK JAGA CUCU YANG SAKIT NI,

TAPI NENEK TIADA PILIHAN”


Luahan Nenek Salmah


luluh hati kami melihat keadaan nenek dan cucunya hidup dalam keadaan begini


Ketika insan lain seusianya lebih banyak menghabiskan masa melakukan ibadat mendekatkan diri kepada Pencipta, lain pula tanggungjawab terpaksa dipikul seorang nenek apabila terpaksa untuk menuruskan kehidupan,Nenek uzur yang berusia 65 tahun,  meruntun hati kami apabila masih gigih membanting tulang demi mencari sesuap nasi dan menjaga cucunya yang kurang upaya.. Mereka hanya tinggal berdua sahaja ..


Berbekalkan wang yang hanya cukup kais pagi,makan pagi, kais petang makan petang. Nenek Salma terpaksa mengikat perut bagi memenuhi keperluan cucu istimewanya diantaranya ialah Pampers Drypers XL (hanya pampers ini yang sesuai), Susu Dugro Fruits & Vegetable 1-3 tahun, serta sabun mandi yang lembut untuk memandikan anak mereka disamping ubat-ubatan yang dibeli di farmasi.






Hadis Rasulullah SAW bersabda : 



“Dan (ingatlah), apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah, sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahala-Nya.”

Surah al-Muzzammil, ayat 20



Kami dari Hayrat Relief Malaysia berdaftar Sebagai Pertubuhan Permikiran Badiuzzaman dan Risalah An-Nur merupakan #NG0 kemanusiaan yang berdaftar dengan (ROS) Pendaftar Pertubuhan Malaysia dengan nombor pendaftaran PPM-018-10-04902012, ingin mengajak anda untuk bersama kami, bagi merealisasikan Projek Tabung Asnaf yang mana tabung kebajikan ini khusus untuk membantu asnaf, anak yatim & aktiviti komuniti masyarakat di dalam dan luar negara. 

 

Projek Tabung Asnaf yang dibawa oleh Hayrat Relief Malaysia dibuat khusus untuk Asnaf, Anak Yatim & Komunti Masyarakat ini telah kami jalankan sejak daripada tahun 2017 lagi, dan kami optimis akan bagi lebih banyak lagi sumbangan untuk mereka pada tahun 2023 ini.




Oleh itu, kami memohon ehsan serta sumbangan Tuan/Puan untuk membantu meringankan beban keluarga asnaf yang masih dalam kesusahan untuk meneruskan perjalanan kehidupan mereka

 

Kami sedaya upaya untuk membantu mereka yang dalam kesusahan dalam meringankan beban mereka untuk mendapat kehidupan yang lebih baik





 


NENEK SALMA MEMERLUKAN:

 

Tuan/Puan boleh memilih pakej dibawah :

 


PAKEJ A : BERAS/SUSU KHAS/PAMPERS/UBAT FARMASI (RM300)

 

PAKEJ B : SUSU KHAS/PAMPERS (RM200)

 

PAKEJ C : BERAS/BIL UTILITI (RM100)


PAKEJ D : SUSU KHAS (RM50)


PAKEJ E : SEIKHLAS HATI (RM20)


 

Pemberian yang anda bakal hulurkan sebentar lagi bakal menggembirakan Rasulullah S.A.W. kerana menggembirakan asnaf dan anak yatim adalah kegembiraan Baginda Nabi. Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan diredhai oleh Allah SWT.

 

"SAHAJA AKU BERSEDEKAH HARI INI KERANA ALLAH TAALA"




PERTUBUHAN PEMIKIRAN ANNUR

BANK ISLAM

14162011002399 

______________________________________________________________________________________________________________________


Disclaimer:

Sekiranya berlaku lebihan sumbangan, kami juga akan salurkan kepada aktiviti bantuan kami yang lain seperti wakaf Al Quraan/Tajaan makanan untuk sekolah tahfiz dan lain-lain

Penafian: 

Bagi pembayaran mengunakan payment gateway BillPlz,  cas perkhidmatan akan dikenakan sebanyak RM1.00 bagi setiap transaksi yang berjaya.
Sumbangan anda akan diagihkan kepada kumpulan sasaran serta menampung kos  pengurusan.
 Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah sila hubungi   +60 11 -2875 3635  (HQ HAYRAT RELIEF MALAYSIA)


Hubungi Kami