Akaun riseandwin.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.



BANTUAN DIPERLUKAN SEGERA! MEREKA SANGAT MEMERLUKAN BARANG KEPERLUAN & DANA BINA SEMULA RUMAH







Kejadian ini berlaku di sekitar jam 6 petang di Kampung Merbau Sempak, Sungai Buloh. Kami dimaklumkan bahawa tiada kecederaan yang berlaku. Akan tetapi pihak kami difahamkan bahawa kebakaran tersebut berlaku dengan cepat sehingga mereka tidak dapat membawa keluar barang berharga dan dokumen-dokumen penting. Mangsa berkata bahawa punca kebakaran ini masih belum jelas dan masih dalam siasatan. 


"Saya agak panik apabila keluar, api dah marak, terus bawa keluar adik-adik”

-Encik Amirudin (mangsa kebakaran) 


Pada kejadian ini berlaku, kami dikhabarkan bahawa ibu bapa mangsa sedang menunaikan ibadah haji di Mekkah. Mereka sekarang berada di rumah saudara mereka di Lorong 10 buat sementara waktu sebelum mereka dapat membina semula kediaman mereka sekarang. Buat masa sekarang, dana untuk membangun semula rumah tersebut masih tidak mencukupi. Untuk awalan, Dana segera yang diperlukan adalah sebanyak RM50,000 . Dengan ini, mari bersama kami dalam membantu keluarga mangsa kebakaran ini. Bantuan ini akan termasuk dengan projek membangun semula rumah terbakar. Bukan itu sahaja, pihak kami juga akan memenuhi segala barang keperluan dan barang-barang persekolahan yang diperlukan untuk 5 orang adik-beradik ini. 


Hadis Rasulullah SAW bersabda:

“Dan (ingatlah), apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah, sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahala-Nya.”

Surah al-Muzzammil, ayat 20




JOM BERSAMA KAMI MEMBANTU MANGSA KEBAKARAN INI! 


Kami dari Hayrat Relief Malaysia berdaftar Sebagai Pertubuhan Permikiran Badiuzzaman dan Risalah An-Nur merupakan #NG0 kemanusiaan yang berdaftar dengan (ROS) Pendaftar Pertubuhan Malaysia dengan nombor pendaftaran PPM-018-10-04902012, ingin mengajak anda untuk bersama kami, bagi merealisasikan Projek Tabung Asnaf yang mana tabung kebajikan ini khusus untuk membantu pelajar tahfiz, asnaf, anak yatim & aktiviti komuniti masyarakat di dalam dan luar negara. 

 

Projek Tabung Asnaf yang dibawa oleh Hayrat Relief Malaysia dibuat khusus untuk pelajar tahfiz, Asnaf, Anak Yatim & Komunti Masyarakat ini telah kami jalankan sejak daripada tahun 2017 lagi, dan kami optimis akan bagi lebih banyak lagi sumbangan untuk mereka pada tahun 2023 ini.





Oleh itu, kami memohon ehsan serta sumbangan Tuan/Puan untuk membantu meringankan beban keluarga asnaf yang masih dalam kesusahan untuk meneruskan perjalanan kehidupan mereka 

Kami sedaya upaya untuk membantu mereka yang dalam kesusahan dalam meringankan beban mereka untuk mendapat kehidupan yang lebih baik

 

 

BAGAIMANA UNTUK MEMBANTU ??

 

Tuan/Puan boleh memilih pakej dibawah :

 

BANTUAN KECEMASAN : RM300


BANTUAN KECEMASAN : RM200

 

BANTUAN KECEMASAN :RM100

 

BANTUAN KECEMASAN : RM50



BANTUAN KECEMASAN : RM20 


 

Pemberian yang anda bakal hulurkan sebentar lagi bakal menggembirakan Rasulullah S.A.W. kerana menggembirakan asnaf dan anak yatim adalah kegembiraan Baginda Nabi. Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan diredhai oleh Allah SWT.

 

"SAHAJA AKU BERSEDEKAH HARI INI KERANA ALLAH TAALA"


PERTUBUHAN PEMIKIRAN ANNUR

BANK ISLAM

14162011002399 

______________________________________________________________________________________________________________________


Disclaimer:

Sekiranya berlaku lebihan sumbangan, kami juga akan salurkan kepada aktiviti bantuan kami yang lain seperti wakaf Al Quraan/Tajaan makanan untuk sekolah tahfiz dan lain-lain

Penafian: 

Bagi pembayaran mengunakan payment gateway BillPlz,  cas perkhidmatan akan dikenakan sebanyak RM1.00 bagi setiap transaksi yang berjaya.
Sumbangan anda akan diagihkan kepada kumpulan sasaran serta menampung kos  pengurusan.
 Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah sila hubungi   +60 11 -2875 3635  (HQ HAYRAT RELIEF MALAYSIA)


Hubungi Kami